Tuesday, July 24, 2012

kueh papudak











akhirnya aku jumpa gak resepi kuih ni. kat shah alam ni tak penah aku jumpa orang jual. selalu aku makan kuih ni bila aku balik kampng je. kuih ni sebenarnya kuih org banjar. pasal tu la kot susah nak jumpa.

kat sini aku bagi step2 camna nak buat kuih  ni..


utk kelongsong pepudak: daun pisang, tali, besi bulat 
daun pisang sebagai tali bhgn tengah kelongsong
layurkan dulu daun pisang ni; supaya senang nak gulung



kelongsong kuih pepudak yang dah siap

tepung beras, gula, sedikit air panas

air pandan (lagi best kalau guna pandan pure)


masukkan santan & sebiji telur 

kuih pepudak yang dah siap diisi

last step: kuih ni direbus. masukkan satu persatu dalam periuk 


tadaa....inilah hasilnya
kueh pepudak

lepas ni dah boleh cuba nak buat. harap2 menjadilah aku buat kuih ni


alhamdulillah 3 hari dah lepas

alhamdulillah puasa  tahun ni dah selamat 3 hari... hari pertama dan kedua selamat berpuasa & berbuka di kampung ...hari ni nak masak apa yer???

cadang2nya nak masak kuih tepung pelita. mesti sedap kan :)

Friday, July 20, 2012

komik-komik

H2 TV
H2
Flame of Recca
Flame of Recca


dua komik ni aku penah kumpul & aku buang time along kawen aritu... nak kemas bilik punye pasal.. 

beelzebub

musim anime aku kembali lagi...bulan ni melayan anime beelzebub season 2. last year dah layan season 1.

Beelzebub

seronok juga anime ni walaupun memang tak logik langsung. tapi lagi best layan anime dari layan movie superheroes dari US..  anime ni bergenre aksi, komedi, shounen, supernatural, sekolah & demons. 


Summary:The story follows the "strongest juvenile delinquent", Oga Tatsumi, a first year in "Ishiyama High" the school for delinquents. One day while sleeping next to a river he sees a man floating down it, he pulls him to shore and the man splits in half revealing a baby boy. This boy is the son of the demon king and he has been chosen as the one to raise it with the baby's demon maid Hilda. The story follows his life with the child and at the delinquent school.

niat puasa

mengimbau kenangan.....





orang suka main2kan tempat aku membesar ni. even nama tak best langsung, ada sejarah tau macam mana tempat ni boleh dapat nama tongkang pechah. satu tempat je dalam malaysia ni guna nama seglemer ni.





sekolah ni aku belajar dari darjah 1 sampai la darjah 6. masa aku amik UPSR dulu ada empat paper je, sapa yang skor semua dapat la 4A.



nama baru: smk tunku putra
nama dulu: smk tongkang pechah

sekolah ni pula asal nama dia smk tongkang pechah, then tahun 2000++ (x pasti tahun bile) namanya ditukar ke smk tunku putra. sekarang sekolah ni dah tampung student sampai form 6. aku belajar kat sini sampai form 3 je. 




ini adalah sekolah last aku kat daerah batu pahat ni. awal2 sekolah ni ditubuhkan, nama dia sek.men. vokasional batu pahat(smvbp). tahun 1996, naik taraf jadi sek.men teknik batu pahat(smtbp). sekarang ni mana dia jadi smvbp. tak tau la kalo lepas ni naik taraf jadi kolej teknik batu pahat. 

kampung halaman dah melambai-lambai



syahdunya tajuk post aku hari ni.... yeah malam ni balik kampung.. nak sambut puasa bersama- sama family, sambil-sambil tu mensonglap barang-barang dapur yang patut dari poket doreamon puan zainon..hahhahaa...
tahun ni baru dapat sambut puasa dgn family, even masa study dulu pun tak pernah dapat. dua kali sambut puasa kat bilik hotel gara-gara outstation, tahun ni tercapai jugak hajat.

dalam kepala dah siap dah list barang-barang dapur yang bakal disumbatkan dalam bonet kereta..:)) jimat2


Thursday, July 19, 2012

selamat menyambut ramadhan 1433h

lagi 2 hari Ramadhan memunculkan diri.. almaklumlah bulan yang paling ditunggu2.  selamat menyambut ramadhan kepada semua umat islam. 


Wednesday, July 4, 2012

Nisfu Syaaban



Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).