Friday, April 25, 2008
PeNAw@r StRe$$
percayakah anda shopping dan ketawa adalah salah satu penawar stress yang paling mujarab. saya selalu mempraktikkan kedua-duanya. memang berkesan. shopping dapat membantu menclearkan otak dari befikiran negatif. setiap kali stress, shopping mall yg berdekatan confirm menjadi pilihan, cukuplah jika sekadar 10 minit sahaja, itu sudah memadai. ketawa boleh membuatkan kita awet muda .. confirm betul ...sebab setiap kali ketawa kita tidak memikirkan apa2 masalah ..sesiapa yang tak percaya, cubalah...
Wednesday, April 23, 2008
demam punye cerita
minggu ni demam lagi. masuk kali ni, dah kali ke3 aku demam.. 2 bulan berturut- turut pula tu, tak tau la apsal antibodi aku lemah skrg, ntah apa2 la aku ni kan. agaknya tahun ni, tahun aku sakit banyak kali.
Wednesday, April 9, 2008
kesal
tahun ni banyak betul berita yang menggemparkan kita. bermula dengan berita kehilangan anak- anak kecil berdekatan tempat kediaman, di ikuti dengan kekalahan beberapa barisan kerajaan negeri pada pilihan raya ke-12 kepada barisan alternatif, kemelut di dalam parti itu sendiri, dan pelbagai lagi isu yang sememangnya membuatkan kita semua menggelengkan kepala. tak cukup dengan isu2 ini, kini isu sufiah( haruskah kerajaan malaysia yang bersusah payah sedangkan Sufiah adalah warganegara Britain??) dan yang tebaru isu ladang babi di Sepang. cukup pelik dengan sikap rakyat Malaysia. warga di tanahair sendiri tidak dibantu, warga asing juga mahu diselamatkan. jika dia mahu berubah, sudah tentu dia berubah setelah berjaya keluar dari kepompong kehidupannya yang dikatakan menyekat kebebasan dan memberikan 100% tekanan. pendedahan berita pelacuran internet sufiah sepatutnya menyedarkan kita, dia memang selesa dengan cara hidup yang dipilihnya sendiri. malah dia bangga dengan kerjaya yang dipilihnya itu. seharusnya kita melihat keadaan rakyat Malaysia dulu, yang terbabit dengan kegiatan pelacuran. mereka ini yang perlu diselamatkan dahulu.
rakyat selangor pula yang dulu ketawa ketika kerajaan pemerintah kalah di PRU 12 kini mula terasa bahangnya. apakan tidak, pengumuman ladang babi bernilai rm 100 juta akan di bina di Sepang mengejutkan mereka yang mahukan pembaharuan dalam pemerintahan negeri. inilah hadiah yang dinanti- nantikan mereka. golongan pemerintah baru sepatutnya sudah mahir dengan sensitiviti penganut Islam mengenai makhluk pink berkaki 4 itu, HARAM hukum yang sudah termaktub dalam kitab AL-QURAN. tidak tahulah jika projek ladang **** ini akan diberhentikan setelah banyak pihak menentang.

Tuesday, April 1, 2008
april 2008, tak sedar dah setahun ulang alik dari shah alam - penang. tuntutan kerja yang tak pernah habis. mungkin status diri membuatkan aku terbuang jauh nun di pulau mutiara ini. namun tak semua tempat menarik di sini sempat aku explore. berjalan- jalan seorang diri hanya akan membosankan - itulah yg aku fikirkan dari dulu lagi walaupun lebih mencabar. BERDIKARI - sudah tertanam dalam diri sejak usia menginjak remaja, satu perkataan yang membuatkan aku percaya semua boleh dilakukan dengan usaha dan semangat yang tinggi
Subscribe to:
Posts (Atom)