Friday, January 25, 2013

me....as b2b..

me...as b2b..:) insyaAllah coming soon this year 2013. 
bila dah coming soon ni, banyak  jugak benda-benda yang nak kena settle...contohnye kursus kawen, test hiv, interview utk kelulusan nikah dll. 
persiapan-persiapan lain macam nak hire mak andam mana, baju nikah kaler ape,kad jemputan nak buat banyak mana, fotographer + videographer mana nak amik....bila kira-kira semua sekali mau la cecah 10k belanja nak kawen je... tu belum masuk belanja untuk kenduri kot....

nasible kenduri nt buat kat satu rumah je, so kos untuk rumah satu lagi dah boleh alih ke rumah pengantin perempuan....

persiapan-persiapan lain nanti "mak" cerita yerrrrr....

Wednesday, January 23, 2013

Colmar Tropicale - Berjaya Hills Bukit Tinggi, Pahang


berjaya jugak aku menjejakkan kaki kat sini. dari KL dalam 40 minit je. nasible masa pegi sini cuaca elok dan sejuk. tapi sayang tak sempat sangat nak berjalan- jalan ke japanese garden, botanical garden dll...nanti la datang sini lagi kalau rajin




peta dari kl 




kuih tepung gomak


terliurnya bila tengok gambar kuih ni. tambahan pula tengah hujan lebat ni, terus teringat ibu kat kampung... mula la terasa nak mengorder kuih ni sempena balik kampung esok lusa.. gile besar selera :) 

kat shah alam ni susah nak dapat kuih tepung gomak inti kelapa. kebanyakannya buat inti kacang. kalo ada pun yang inti kelapa, tak sedap plus extra kecik caj 50sen sebiji. 


kuih dangai

pernah dengar kuih dangai??... kuih dangai ni salah satu feberet kuih dalam family saya.. nak buat kuih ni pun tak susah. bahan-bahan yang digunakan pun senang nak dapat. 

saja2 post kuih2 tradisional ni, sebab tak ramai yang kenal atau tahu kuih-kuih tradisi. rasanya budak-budak muda masakini lebih kenal cupcake, karipap, donut dll. 

gambar ni ehsan dari http://cekvisionhomes.blogspot.com


bahan - bahan kuih dangai 

1 paket tepung pulut 
3 biji kelapa (parut)
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula (kalo nak manis boleh tambah lagi gula )

cara- cara:
campurkan tepung pulut, kelapa parut dan garam. gaul rata 
masukkan separuh dalam loyang yang telah digris dgn mentega. 
masukkan gula. kalo nak cantik, gula tu gaul dgn sirap. guna gula merah pun boleh juga. 
masukkan lagi separuh adunan tu. 
tekan rata  bagi mampat tepung kelapa tu. 
bakar dlm 20 minit kat dlm oven 175degree. 



kuih kertas


lama dah tak makan kuih ni. dulu masa kecil2, ibu rajin buat kuih ni, boleh kata hari-hari ada buat untuk jualan. aku panggil kuih ni kuih kertas. ada yang panggil kuih getas atau pulut kertas . kat shah alam ni susah nak dapat kuih ni, kalau ada pun mahal dia jual + kecik... 

sapa-sapa yang nak try buat kuih ni, kat bawah ni resepi dia ....

bahan-bahan :
1 paket tepung pulut 
1 biji kelapa (parut) - ambil yang putih sahaja
1 sudu teh garam
air secukupnya untuk menguli 
minyak masak secukupnya untuk menggoreng 
2 cawan gula (utk sira kuih ni)

cara-cara:
campur tepung pulut, kelapa parut dan garam dan gaul rata
tuang air sikit - sikit dan uli tepung sampai lembut
ambil doh sedikit kemudian leperkan (mcm gambar kt atas tu)
lepas tu bila minyak dah panas, boleh lah goreng sampai kuning keemasan. guna api sederhana tau..

utk sira gula pula, 
campurkan 2 cawan gula dengan 2 cawan air. kacau gula bagi tak lekat dlm kuali
tunggu sampai gula mendidih dan sedikit likat.
boleh matikan api dan masukkan kuih kertas yang dah siap digoreng.
kacau kuih bersama air gula tersebut sampai gula jadi keras dan melekat di kuih

lepas tu boleh la hidang ....

selamat mencuba :) 







kini kembali....

sedar tak sedar dah lama rupanya aku x update blog terchenta ni. bukan tak ada masa nak update tapi tahap kemalasan melebihi tahap kerajinan. so ape pun tak boley..kan kan kan...

hari ni "free" boleh la merajinkan diri updet blog yang tak seberapa ni... sebabnya tak banyak cerita menarik untuk dikongsi bersama....