Monday, November 18, 2013

novel november.....

tak sempat lagi nak memanjakan diri  membaca novel yang aku beli minggu lepas. dua novel karya dua penulis yang hebat - norhayati berahim dan april kucc......


Sunday, November 17, 2013

Berasap berapi

Hangin satu badan hari ni........gila bengang...!!!!

Saturday, November 9, 2013

The Inheritors

Best citer ni tak sabar nak layan sampai last episode.. inche bf hensem lee min ho

Wednesday, November 6, 2013

~dugaan~

dalam tengah menghitung hari ni, banyaknya dugaan. Ya Allah, tabahkanlah hatiku ...

Tuesday, October 15, 2013

Tuesday, September 3, 2013

Good doctor

Drama best yang wajib tonton

Friday, August 2, 2013

Tuesday, July 9, 2013

tergatal tangan....akhirnya...

hari ni aku tergatal tangan masuk website kaki novel. akhirnya terorder 3 buah novel.... so kena la tunggu dalam seminggu novel2 tu sampai....

tadaa.....ini ler hasilnyerrrr


Doktor Cinta


Nasi Lemak Buah Bidara


AD+IZ



Wednesday, July 3, 2013

Novel julai 2013

Bulan ni order 3 novel kat mph online.almaklum lah bukan jun aritu moh buat sale less 20% order online.maka dgn rajinnya aku klik 3 buah novel; lazuardi, LenaKan Tidurnya dengan novel ape ek; lupa plak 1 lagi tu apa plak tajuknya. essh...... apa2pun tinggal Tunggu je novel2 aku tu Swpai kt tangan-.--... Sabar itu separuh dari lman.

Friday, June 28, 2013

Gadis edisi terhad~ rin ahmad

Sedang mentelaah naskhah ini ..

Saturday, June 22, 2013

Anthem

Going to read it...

Monday, June 3, 2013

Finally arrived....

Parcel yg ditunggu-tunggu dari mph sudah dapat. Tq en posmen dr pos laju

Friday, May 31, 2013

Another hlovates'

~Everybody has a past.Everybody lives a present.And everybody deserves a future---Anthem; hlovate~

Thursday, May 30, 2013

novel baru bulan jun



memandangkan gaji dah masuk dengan jayanya, aku pun merajinkan diri buka mph online. biasa ler bila  tgh ada mood nak beli novel, tiap2 bulan aku beli- bajet dah siap2 kira.:) kali ni aku order 3 buah novel dua dari norhayati berahim  dan satu lagi dari rin ahmad (penulis baru) kenapa aku rajin order kat mph bulan ni??...hmm sbb kt mph online ada less 20% sampai 31 mei ni. kalo ikutkan harga biasa tiga novel tu nak dekat rm80; hasilnya lepas less aku dapat dalam rm60 je.. untungkan. sebelum tu dah survey2 kt publisher compare harga dan hasilnya kt mph online murah sikit.

salah satu novel yang aku sambar bulan ni ...

Wednesday, May 15, 2013

novel baru

semalam aku dah order online novel norhayati berahim thru mph online.. mula2 tu cadang nak beli online kat NB Kara, saja2 cek kt mph online. tup2 kat mph online ada less 20%. hasilnya aku beli 2 buah novel. bulan depan tengok camne, kalo ade less 20% lagi kt mph tu boleh la beli lagi novel2 NB.

ni semua gara2 aku x sempat bershopping kat KL Bookfair aritu. list novel yg nak dibeli dh ada tapi masa nak melaga2kan punggung kt PWTC tu yang takda...

tak sabarnya nak tunggu en posmen dari pos laju bunyikan loceng kat opis ni....:D

    


Tuesday, May 14, 2013

Koleksi novel

Aku baru sedar novel2 aku banyak takde. Tak tau mana pg dahle byk novel2 yg ilang tu x reprint...sedey giler

Friday, April 26, 2013

Dinner on my birthday..

Hari ni dah genap usia ke.....dah 3series ni byk la soalan2 cepumas yg aku dpt tp senyum je la..

Dinner hari ni inche bf tersayang bawak gi mkn ketam... boleh la tahsn sedap kr kedai tu..makan sampai senak perut... 

Hadiah birthday x dpt lg ...sedey inche bf x sempat nk gi shopping(bz gile dgn keje plus benda2 lain la tu.)

Tuesday, April 16, 2013

Adusssd

Lagi 5 hari nak present byk lg tak siap aduiiiii

Monday, April 8, 2013

Over time. ....

Sepanjang April ni kena overtime....huhuhu mengejar masa nak siapkan projek punya pasal...harap2 sempat  tak sabar rasanya nak cuti panjang dapat seminggu pun jadilah

Baju baru ..

Cik Note dah ada baju baru. ..colorful lagi...:)

Saturday, March 30, 2013

My new tool

Tadaaa... tool baru aku tapi entah bila nk merasmikan benda ni tunggu mood sampai k

~love now~

Addicted to this taiwanese series. ~Love Now~

Wednesday, March 27, 2013

jenguk kejap

jenguk2 jap blog ni .. tak sempat nak update ape2 skrg..busy plak dgn tugasan2 yg terlalu berlambak2 nak disettlekan..aduyaiiii..bila la nak settle sume benda yg menyesak dlm kelapa otak aku ni

Wednesday, March 13, 2013

[Sunny & Luna] It's Me (Hangul/Romanized/English Sub) Lyrics

am watching this now!

Advertising Genius Lee Tae Baek...

sekarang tengah layan k-dorama yang ini "Advertising Genius Lee Tae Baek". memang best. leading cite ni walaupun tak hensem tapi comel sepadan dengan heroin yang cute. hmm aku copy paste je la sinopsis k-drama ni ...

This is a drama about the lives and love of people working in the advertisement industry. Lee Tae Bak (Jin Goo) plays a young guy who only finished in high  diploma but extremely talent in drawing. He comes up to Seoul from the countryside and starts out as the hardworking young guy who hands out ads in the street by wearing those sandwich boards. He then eventually overcome all difficulties and succeed in the advertising world. Meanwhile, Baek Ji Yoon (Park Ha Sun) will plays his primary love interest.
Go Ae Ri (Han Chae Young) plays a confident and sexy Executive in a advertising company. In order to achieve her dream, she throws away her past and her love. Eddie Kang (Jo Hyun Jae) will plays a cool-headed advertising executive. He’s described as an elite who has swept many medals at international advertising contests and He’s also a strategist who has the power to overcome obstacles.


selamat menonton!!

tamat riwayat...

malam tadi bateri kereta aku telah menamatkan perkhidmatannya... :( tanpa apa-apa tanda dia pergi begitu saja. stress aku dibuatnya malam tadi

Wednesday, February 27, 2013

Demam.....

Aku pun terjebak dengan demam...seksa gilossss kepala sakit tekak payau...:(

Sunday, February 17, 2013

Capek.....

Gile penat aku cuti2 malaysia kali ni.sampai rumah je dua2 betis kejang.adeh......

Friday, February 15, 2013

Indah khabar dari rupa

Syg dtg jauh2 tgk resort yg indah kabar dari rupa. Nasib baik tiket bot 5 rgt je pegi balik. Naik bot terhentak2, sapa yg tgh cuti2 bulanan tu confirm terus heavy flow.resort ni cantik tp syg x terjaga....rugi betul

Thursday, February 14, 2013

Cuti2 malaysia ke2 tahun ni...

Yeay cuti2 malaysia lagi. Destinasi kali ni ke selatan tanahair pula. harap2 cuaca di sana cerah. Baru best nak bercuti-cuti malaysia

Friday, February 8, 2013

Cny

Happy chinese new year

Tuesday, February 5, 2013

yeyeye..dapat hadiah

alhamdulillah hari ni aku dapat hadiah hp baru galaxy note 2. walaupun dah lama hp ni keluar, aku baru je nak guna. jakun la sekejap tetiba guna tepon canggih semula, selama ni guna tepon zaman tok kaduk sbb hp canggih rosak.

Friday, February 1, 2013

merah-kuning-hijau


kisah umpama lampu trafik. merah, kuning dan hijau silih berganti. jika sebelum ini segalanya bertumpu di lampu merah - semuanya tergantung di satu keadaan .....

kini..... dalam keadaan separuh - separuh... lampu kuning memainkan peranannya- sedia untuk berhenti dan juga berjaga-jaga...  dan..menunggu lampu hijau menyala akhirnya ... untuk perjalanan seterusnya 

Friday, January 25, 2013

me....as b2b..

me...as b2b..:) insyaAllah coming soon this year 2013. 
bila dah coming soon ni, banyak  jugak benda-benda yang nak kena settle...contohnye kursus kawen, test hiv, interview utk kelulusan nikah dll. 
persiapan-persiapan lain macam nak hire mak andam mana, baju nikah kaler ape,kad jemputan nak buat banyak mana, fotographer + videographer mana nak amik....bila kira-kira semua sekali mau la cecah 10k belanja nak kawen je... tu belum masuk belanja untuk kenduri kot....

nasible kenduri nt buat kat satu rumah je, so kos untuk rumah satu lagi dah boleh alih ke rumah pengantin perempuan....

persiapan-persiapan lain nanti "mak" cerita yerrrrr....

Wednesday, January 23, 2013

Colmar Tropicale - Berjaya Hills Bukit Tinggi, Pahang


berjaya jugak aku menjejakkan kaki kat sini. dari KL dalam 40 minit je. nasible masa pegi sini cuaca elok dan sejuk. tapi sayang tak sempat sangat nak berjalan- jalan ke japanese garden, botanical garden dll...nanti la datang sini lagi kalau rajin




peta dari kl 




kuih tepung gomak


terliurnya bila tengok gambar kuih ni. tambahan pula tengah hujan lebat ni, terus teringat ibu kat kampung... mula la terasa nak mengorder kuih ni sempena balik kampung esok lusa.. gile besar selera :) 

kat shah alam ni susah nak dapat kuih tepung gomak inti kelapa. kebanyakannya buat inti kacang. kalo ada pun yang inti kelapa, tak sedap plus extra kecik caj 50sen sebiji. 


kuih dangai

pernah dengar kuih dangai??... kuih dangai ni salah satu feberet kuih dalam family saya.. nak buat kuih ni pun tak susah. bahan-bahan yang digunakan pun senang nak dapat. 

saja2 post kuih2 tradisional ni, sebab tak ramai yang kenal atau tahu kuih-kuih tradisi. rasanya budak-budak muda masakini lebih kenal cupcake, karipap, donut dll. 

gambar ni ehsan dari http://cekvisionhomes.blogspot.com


bahan - bahan kuih dangai 

1 paket tepung pulut 
3 biji kelapa (parut)
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula (kalo nak manis boleh tambah lagi gula )

cara- cara:
campurkan tepung pulut, kelapa parut dan garam. gaul rata 
masukkan separuh dalam loyang yang telah digris dgn mentega. 
masukkan gula. kalo nak cantik, gula tu gaul dgn sirap. guna gula merah pun boleh juga. 
masukkan lagi separuh adunan tu. 
tekan rata  bagi mampat tepung kelapa tu. 
bakar dlm 20 minit kat dlm oven 175degree. 



kuih kertas


lama dah tak makan kuih ni. dulu masa kecil2, ibu rajin buat kuih ni, boleh kata hari-hari ada buat untuk jualan. aku panggil kuih ni kuih kertas. ada yang panggil kuih getas atau pulut kertas . kat shah alam ni susah nak dapat kuih ni, kalau ada pun mahal dia jual + kecik... 

sapa-sapa yang nak try buat kuih ni, kat bawah ni resepi dia ....

bahan-bahan :
1 paket tepung pulut 
1 biji kelapa (parut) - ambil yang putih sahaja
1 sudu teh garam
air secukupnya untuk menguli 
minyak masak secukupnya untuk menggoreng 
2 cawan gula (utk sira kuih ni)

cara-cara:
campur tepung pulut, kelapa parut dan garam dan gaul rata
tuang air sikit - sikit dan uli tepung sampai lembut
ambil doh sedikit kemudian leperkan (mcm gambar kt atas tu)
lepas tu bila minyak dah panas, boleh lah goreng sampai kuning keemasan. guna api sederhana tau..

utk sira gula pula, 
campurkan 2 cawan gula dengan 2 cawan air. kacau gula bagi tak lekat dlm kuali
tunggu sampai gula mendidih dan sedikit likat.
boleh matikan api dan masukkan kuih kertas yang dah siap digoreng.
kacau kuih bersama air gula tersebut sampai gula jadi keras dan melekat di kuih

lepas tu boleh la hidang ....

selamat mencuba :) 







kini kembali....

sedar tak sedar dah lama rupanya aku x update blog terchenta ni. bukan tak ada masa nak update tapi tahap kemalasan melebihi tahap kerajinan. so ape pun tak boley..kan kan kan...

hari ni "free" boleh la merajinkan diri updet blog yang tak seberapa ni... sebabnya tak banyak cerita menarik untuk dikongsi bersama....