Wednesday, April 9, 2008

kesal

tahun ni banyak betul berita yang menggemparkan kita. bermula dengan berita kehilangan anak- anak kecil berdekatan tempat kediaman, di ikuti dengan kekalahan beberapa barisan kerajaan negeri pada pilihan raya ke-12 kepada barisan alternatif, kemelut di dalam parti itu sendiri, dan pelbagai lagi isu yang sememangnya membuatkan kita semua menggelengkan kepala. tak cukup dengan isu2 ini, kini isu sufiah( haruskah kerajaan malaysia yang bersusah payah sedangkan Sufiah adalah warganegara Britain??) dan yang tebaru isu ladang babi di Sepang. cukup pelik dengan sikap rakyat Malaysia. warga di tanahair sendiri tidak dibantu, warga asing juga mahu diselamatkan. jika dia mahu berubah, sudah tentu dia berubah setelah berjaya keluar dari kepompong kehidupannya yang dikatakan menyekat kebebasan dan memberikan 100% tekanan. pendedahan berita pelacuran internet sufiah sepatutnya menyedarkan kita, dia memang selesa dengan cara hidup yang dipilihnya sendiri. malah dia bangga dengan kerjaya yang dipilihnya itu. seharusnya kita melihat keadaan rakyat Malaysia dulu, yang terbabit dengan kegiatan pelacuran. mereka ini yang perlu diselamatkan dahulu.
rakyat selangor pula yang dulu ketawa ketika kerajaan pemerintah kalah di PRU 12 kini mula terasa bahangnya. apakan tidak, pengumuman ladang babi bernilai rm 100 juta akan di bina di Sepang mengejutkan mereka yang mahukan pembaharuan dalam pemerintahan negeri. inilah hadiah yang dinanti- nantikan mereka. golongan pemerintah baru sepatutnya sudah mahir dengan sensitiviti penganut Islam mengenai makhluk pink berkaki 4 itu, HARAM hukum yang sudah termaktub dalam kitab AL-QURAN. tidak tahulah jika projek ladang **** ini akan diberhentikan setelah banyak pihak menentang.

No comments: