Thursday, April 15, 2010

KEANEHAN LELAKI 40 TAHUN

Petikan dari Mega, Uusan Malaysia 15 April 2010
Nukilan : nurani lelaki

Usia bukan sahaja sensitif kepada wanita. Lelaki juga sensitif dans ering dikaitkan dengan akil baligh pusingan kedua apabila mencapai umur 40 tahun.
Mengapa?
Pada umur itu, lelaki cenderung berkelakuan aneh berbanding wanita. Keanehan bagaimana yang sering berlaku kepada lelaki berumur di atas 4o tahun ini?
menurut ilmuan, peringkat umur 45-65 tahun adalah masa paling produktif dalam hidup seseorang lelaki dan wanita. Pada peringkat itu, anggota badan telah tumbuh sempurna dan stabil. Otak pula yang mengawal setiap organ badan, akal, fikiran dan memori mencapai fungsi serta tahap kemampuan puncak. Begitupun ada halangannya. kekurangan hormon seprti testeron dan androgen akan menyebabkan fungsi dan kemampuuan otak mulai mengalami penurunan. Di tambah pula masalah biasa kepada lelaki Malaysia pada peringkat umur ini ialah penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung. Ini akan mempercepatkan lagi proses penurunan kemampuan ini.
Pada waktu yang sama, dorongan seks yang merupakan lambang kelakian juga mulai menurun. Masalahnya proses semulajadi ini sering cuba dinafikan oleh sebhagian lelaki. mereka berhempas pulas untuk membuktikan sebaliknya. Ada yang menghadapi fitrah ini dalam bentuk kepuasan lain-olahraga, kerjaya dan hobi baru. Mereka mahu membuktikan bahawa tahap seks dan kemampuan bekerja masih kekal sama. Sedangkan, kemampuan organ otak semakin menurun dan hormon kedewasaan yang dikeluarkan tidak lagi sebanyak semasa mereka berusia di bawah 40 tahun.
Cara lain yang sering digunakan bagi membuktikan mereka masih 'perkasa' seperti dulu ialah dengan mempunyai kekasih baru. Tidak kurang pula yang begitu rajin mencari pelbagai ubat penawar. Mungkin ini jawapan kenapa lelaki pada umur atas 40 tahun cenderung untuk bermain kayu tiga. Mereka mahu membuktikan diri mereka masih perkasa.
Sesetengah lelaki pula begitu taksub untuk terus menjadi muda. Ketaksuban ini akan mengubah gayanya. Pedulikan walau nampak aneh dan pelik pada kaca mata orang lain. Beginilah tingkahlaku lelaki kalau sudah memasuki puberti kedua.
Kesimpulan
Patutla ada lelaki berusia cuba mengurat saya padahal umur sebaya dengan kedua ibu bapa saya.Kalau berkenalan untuk dijadikan calon menantu tidak mengapa, ini kan tidak mahu dijadikan calon untuk diri sendiri rupanya...

No comments: