igt lagi tak drama seram "kekasihku seru" nyang pernah TV3 siarkan dulu. mmg seramkan drama tu.
sampai tak pernah miss drama yg cuma ade setiap hari khamis ni je. malam ni plak sequel drama ni disiarkan kat channel yang sama juga, TV3.
kali ni drama ni tajuk WARIS. drama ni still lagi dgn pelakon lama cam hairi othman, kuza dll & tambah jugak beberapa pelakon baru nak bagi drama ni lagi mantap dan seram .
"JANGAN LUPA MALAM NI 10 MALAM"
SINOPSIS DRAMA WARIS
Diarahkan oleh Kabir Bhatia, sekuel ini mengisahkan tentang kehidupan Rashad & Marisa selepas 10 tahun tragedi hitam berlaku. Marisa sebelum ini pernah diganggu oleh Waris kerana dia memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan.
Satu hari selepas 10 tahun kemudian, Rashad & Marisa telah membawa anak mereka, Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka telah terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh dengan kejam dan telah meninggalkan seorang anak perempuan kecil bernama Sarah.
Pada hari yang sama, Amar yang sedang bermain di tepi pantai telah hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan dan doktor mengesahkan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu Amar telah berubah sikap dan menjadi murung serta mudah marah.
Apakah yang telah berlaku pada Amar? Adakah Waris telah bangkit semula? Siapakah Sarah yang sebenarnya? Dan berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya dari ancaman hitam Waris?


No comments:
Post a Comment