
lama dah tak makan kuih ni. dulu masa kecil2, ibu rajin buat kuih ni, boleh kata hari-hari ada buat untuk jualan. aku panggil kuih ni kuih kertas. ada yang panggil kuih getas atau pulut kertas . kat shah alam ni susah nak dapat kuih ni, kalau ada pun mahal dia jual + kecik...
sapa-sapa yang nak try buat kuih ni, kat bawah ni resepi dia ....
bahan-bahan :
1 paket tepung pulut
1 biji kelapa (parut) - ambil yang putih sahaja
1 sudu teh garam
air secukupnya untuk menguli
minyak masak secukupnya untuk menggoreng
2 cawan gula (utk sira kuih ni)
cara-cara:
campur tepung pulut, kelapa parut dan garam dan gaul rata
tuang air sikit - sikit dan uli tepung sampai lembut
ambil doh sedikit kemudian leperkan (mcm gambar kt atas tu)
lepas tu bila minyak dah panas, boleh lah goreng sampai kuning keemasan. guna api sederhana tau..
utk sira gula pula,
campurkan 2 cawan gula dengan 2 cawan air. kacau gula bagi tak lekat dlm kuali
tunggu sampai gula mendidih dan sedikit likat.
boleh matikan api dan masukkan kuih kertas yang dah siap digoreng.
kacau kuih bersama air gula tersebut sampai gula jadi keras dan melekat di kuih
lepas tu boleh la hidang ....
selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment